Tuesday, April 21, 2009

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kelima

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KELIMA

SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA

43200 CHERAS SELANGOR

NO. PENDAFTARAN : SEL : 1086


TARIKH : 1 MAC 2009

HARI : AHAD

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : KANTIN SK CHERAS JAYA

KEHADIRAN : 193 ORANG


AGENDA :

1.0 UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT OLEH YDP PIBG SESI 2008/2009 (EN. MAT ZIN BIN HUSSAIN)

1.1 Mengalu-alukan kedatangan ibubapa, penjaga dan guru pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan pemerhati-pemerhati tetap.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEEMPAT (2008/2009) SK CHERAS JAYA

2.1 Setiausaha PIBG sesi 2008/2009, En. Khusairi b. Rafai membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 4 SK Cheras Jaya (merujuk Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 4 pada mukasurat 11-16).

2.2 YDP membuka peluang kepada hadirin untuk mengemukakan sebarang pembetulan.

2.3 En. Fazlur Rahman mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En Shanji Khan.

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2008/2009

3.1 Setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2008/2009 (merujuk Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 4 pada mukasurat 17-19.

3.2 En Fazlur Rahman telah bertanya mengenai waktu operasi water cooler.

3.3 Guru Besar telah mengulas mengenai waktu operasi supaya berterusan hingga waktu persekolahan tamat.

3.4 Pn Zaiton Wahab bertanya mengenai pintu belakang sekolah. Beliau mencadangkan supaya pintu belakang ditutup supaya tidak ada murid yang keluar ikut pintu belakang.

3.5 Guru Besar mengulas mengenai isu pintu belakang yang mana isu ini telah pun dibincangkan pada mesyuarat tahun lepas. YDP PIBG memberitahu perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK bagi sesi 2009/2010.

3.6 En Fazlur Rahman bertanya sekali lagi mengenai peniaga yang berada di luar pagar. Apakah tindakan sekolah dan PIBG mengenai peniaga yang menjaja diluar kawasan sekolah. Beliau khuatir makanan ringan yang dijual boleh menyebabkan keracunan makanan kepada murid. Beliau juga mencadangkan supaya membuat aduan kepada MPKJ untuk tindakan selanjutnya.

3.7 Guru Besar menjelaskan mengenai peniaga di luar kawasan sekolah yang mana beliau tidak mempunyai kuasa untuk melarang peniaga menjaja melainkan ibu bapa mengingatkan kepada murid supaya tidak membeli makan di luar sekolah.

3.8 En Mohd Asri memberitahu tentang PA Sistem yang perlu dibaik pulih supaya murid lebih jelas apabila pengumuman dibuat.

3.9 Guru Besar telah menjelaskan bahawa PA Sistem buat masa sekarang mengalami kerosakan dan akan dibaik pulih dalam waktu terdekat.

3.10 Puan Azura Jailani bertanya mengenai Sijil Berhenti Sekolah yang mana pihak sekolah terlepas pandang mengenai jawatan dan acara-acara yang telah mewakili sekolah tidak ditulis pada Sijil Berhenti Sekolah. Kejadian ini berlaku sendiri kepada anak beliau pada tahun lepas. Beliau berharap supaya pihak sekolah lebih prihatin dalam kes-kes sebegini.

3.11 Guru Besar mengulas mengenai aduan ini dan tindakan akan dibuat oleh Guru Penyelaras Tahun 6.

4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2008/2009

4.1 Puan Syarifah Nor Azlin membentangkan penyata kewangan PIBG SK Cheras Jaya berakhir pada 31 Disember 2008 (merujuk Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 4 mukasurat 20 – 22. Beliau memohon maaf kerana berlaku kesilapan mengenai jumlah perbelanjaan iaitu RM2142.23 kepada RM2222.09.

4.2 En Mohd Asri bertanya tentang jamuan mesyuarat (b) tidak ditulis dalam penyata.

4.3 Bendahari telah menjelaskan kepada En Mohd Asri mengenai jamuan mesyuarat ada tertulis pada mukasurat 20 bahagian nota (b).

5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2008/2009

5.1 En. Mat Zin Bin Hussain selaku YDP PIBG Sesi 2008/2009 dengan rasminya membubarkan AJK PIBG Sesi 2008/2009.

5.2 En Mat Zin memohon kemaafan di atas segala kelemahan dan kesilapan sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai YDP.

6.0 PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT

6.1 En Khusairr Rafai telah mencadangkan Ustaz Roslan Bin Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi Sementara.

7.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2008/2009 & DUA PEMERIKSA KIRA-KIRA

7.1 Senarai penuh Jawatankuasa PIBG Sesi 2008/2009 yang dilantik adalah seperti berikut:

Penasihat : En. Rosli Bin Hj Sharif

Yang DiPertua : En Mat Zin Bin Hussain

Naib Yang Dipertua : En. Haris Fadhilah Bin Yusof

Setiausaha : En. Mohamad Khusairi Bin Abdul Rafai @ Rapai

Penolong Setiausaha : Pn. Raja Amylia Bt Raja Kamaruzaman

Bendahari : Pn. Syarifah Nor Azlin bt Syed Ghalib


AJK (Ibubapa) :

1. Tn Hj Mat Malek 4. En. Zaini Ahmad Marzuki

2. En. Suazam Mahmud 5. En. Abdul Hamid Othman

3. Pn. Rohani Noor 6. Tn Hj Suhaimi Mohd Yusof

AJK (Guru) :

1. En. Mohd Agos Mahat 3. Cik Suraini Ibrahim

2. En. Shahipul Hapis Ghazali 4. Pn. Nurfadizatul Azam Yusof

Pemeriksa Kira-Kira :

1. En. Zakaria Gzazali (wakil ibubapa)

2. Pn Fadhilah Hassan (guru)


8.0 USUL DAN CADANGAN YANG DIBINCANGKAN

USUL DARIPADA PIHAK SEKOLAH

  1. En Abu Bakar b Mohd (Guru Penolong Kanan)

- Pihak sekolah menghadapi masalah kewangan untuk menjalankan aktiviti kurikulum dna juga penglibatan murid didalam aktiviti ko-kurikulum. Masalah ini timbul kerana pada tahun 2009 ini, pihak sekolah tidak dibenarkan mengutip sebarang bayaran sperti tahun-tahun terdahulu. Sumbangan hanya boleh dikutip pada bulan Jun setelah mendapat kelulusan di dalam mesyuarat agung PIBG dan kelulusan daripada pihak pendaftar di Jabatan Pelajaran Selangor. Sehubungan dengan itu saya mencadangkan :

Semua murid memberi sumbangan bagi bayaran berikut :

1.1 Ko-kurikulum RM 3.00

1.2 Sukan Tahunan Sekolah RM 8.00

1.3 Kertas Latihan & Peperiksaan RM 10.00

1.4 Kegiatan Agama/Moral RM 8.00

1.5 Skim Perlindungan Diri (Takaful) RM 1.50*

1.6 MSSM RM 2.00

1.7 Hari Anugerah Cemerlang RM 5.00

________

Jumlah RM 37.50

* kutipan telah dijalankan.

En Mohd Asri mencadangkan usul diterima dan disokong oleh En Zakaria.

  1. En Shahipul Hapis b Ghazali

- PIBG SK Cheras Jaya kekurangan dana bagi menjalankan program dan aktiviti membantu pihak sekolah. Saya mencadangkan pihak PIBG bersama pihak sekolah menjalankan beberapa projek bagi mengumpul dana tersebut. Projek yang dicadangkan ialah :

i. Hari Kantin

ii. Jogathon

iii. Bacathon

iv. Familython

v. Jualan Meja Makan Malam

En Johari Abdullah mencadangkan usul diterima dan disokong oleh Pn Zaiton.

  1. Pn Norizatul Hasni bt M. Sabri (Guru Pusat Sumber)

- Murid-murid telah menggunakan kad ID untuk proses meminjam buku di Pusat Sumber sekolah. Murid-murid tahun 2 hinnga 6 telah memliki kad ini. Saya mencadangkan murid-murid tahun 1 2009 dan murid-murid baru bertukar ke SKCJ 2009 memberi sumbangan sebanyak RM 10 bagi membeli kad ID ini.

En Mohd Asri mencadangkan usul diterima dengan sedikit pindaan* dan disokong oleh En Zakaria.

*kecuali murid tahun 1 tidak perlu membeli kad ID.

  1. En Zulkipli b Othman (GPK Ko-Kurikulum)

4.1 Saya memohon kepada ibu bapa kebenaran untuk membeli baju sukan bagi tahun 2009. Ini adalah untuk keseragaman murid-murid nanti apabila waktu Pendidikan Jasmani dan sukan sekolah.

4.2 Saya mencadangkan agar mewujudkan Laman Web Sekolah. Tujuan adalah untuk kemudahan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang perkembangan atau buliten di sekolah.

En Fazlur Rahman mencadangkan usul diterima dan disokong oleh En Shahjihan.

  1. Cik Suraini bt Ibrahim (Guru Pra-Sekolah)

5.1 Saya mengusulkan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pra sekolah agar tidak menurunkan anak-anak mereka dihadapan pintu pagar utama sekolah. Ini kerana laluan menjadi sangat sibuk dengan kenderaan yang hendak ‘reverse’ dan kenderaan guru yang hendak memasuki pagar sekolah. Kadang-kadang kemalangan hampir berlaku.

En Johari Abdullah mencadangkan usul diterima dan disokong oleh Pn Zaiton.

USUL DARIPADA AJK PIBG

Kami mencadangkan supaya yuran tahunan dikekalkan sebanyak RM30 setiap keluarga. Sekiranya usul diterima,kutipan akan dilaksanakan pada bulan Jun nanti.

En Mohd Asri mencadangkan usul diterima dan disokong oleh En Fazlur Rahman.

USUL DARIPADA IBU BAPA

Pihak PIBG telah mengedarkan surat Mesyuarat Agung Kali Ke – 5 beserta surat jawapan kepada semua murid SKCJ. Surat jawapan yang telah diterima oleh pihak pibg adalah sebanyak 213 jawapan. Daripada jumlah tersebut, yang akan hadir adalah seramai 152 orang, manakala 61 tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. AJK PIBG telah bermesyuarat bagi membincangkan tentang usul dan cadangan yang telah dihantar oleh ibu bapa. Daripada 213 jawapan, kami menerima 33 usul yang mana usul ini telah kami tapis,hasilnya 6 usul yang diterima, manakala aduan sebanyak 15 dan berbentuk cadangan sebanyak 11.

Antara usul daripada pihak ibu bapa adalah seperti berikut :

  1. Pn Shanti Samynathan (Cheras Prima)

- Saya ingin memohon daripada pihak sekolah agar membina laluan yang berbumbung supaya murid tidak basah apabila hari hujan.

Usul diterima tanpa dibahas. Diterima untuk tindakan.

  1. En Mohd Khid b Usof (Tmn Taming Maju) dan En Khairul Izwan b Mohamad Isa (Tmn Impian Ehsan)

- Kedua-dua penjaga telah memberi usul yang sama iaitu memohon agar membina tempat perhimpunan yang lebih luas dan berbumbung.

Usul diterima dan dibahaskan.

  1. En Aziman b Abu Bakar (Tmn Sutera)

- Saya mencadangkan agar program Gemilang UPSR 2009 dijalankan secepat mungkin.

Usul diterima tanpa dibahas.

  1. En Baharom b Musa ( Tmn Sri Indah)

- Saya mencadangkan supaya kawasan padang dan taman permainan Pra Sekolah dibaik pulih dengan menanam rumput pada tempat yang berbatu.

Usul diterima tanpa dibahas.

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 En Rosli Bin Hj Syarif mewakili pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG 2008/2009. Beliau mencadangkan agar usul tahun lepas yang masih belum terlaksana agar diberi penekanan pada tahun ini. Beliau juga akan cuba lakukan yang terbaik untuk memuaskan semua pihak.

10.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 5 Sesi 2008/2009 ditangguhkan pada jam 1.15 ptg.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.............................. ...........................

(Khusairy Rafai) (Mat Zin Hussain)

Setiausaha PIBG Sesi 2009/2010 YDP PIBG

No comments:

Post a Comment